Selama 72 jam tanpa makanan, ahli silap mata, David Blaine, 39 berdiri di atas podium setinggi 20 kaki di atas tanah dan disalurkan satu juta volt elektrik. Aksi tersebut dipertontonkan di hadapan peminatnya di daerah Manhattan, Chelsea.
Menerusi laporan New York Times minggu lalu, Blaine telah berkongsi serba sedikit mengenai pengalamannya sewaktu melakukan aksi berani mati ini, di mana ia menyifatkan aksi tersebut seolah-olah membuatkan seluruh badannya dikelilingi oleh arus elektrik statik.
“Ia adalah seperti seluruh badan anda dikelilingi oleh elektrik statik, jenis yang membuat rambut anda berdiri di hujung. Ia tidak menyakitkan, tetapi ia adalah pelik,” jelas Blaine penuh teruja.
Melihat video yang akan dipaparkan selepas ini, Blaine kelihatan tidak berdaya untuk berdiri dengan stabil sehingga dia dipapah dan kelihatan sangat lemah. Akan tetapi Blaine sempat berkata “Ini adalah aksi terakhir saya.”
Jom lihat video berani mati David Blaine selepas ini :
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét