Penyanyi Indonesia yang terkenal menerusi lagu duetnya bersama Anang, ‘Jangan Memilih Aku,’ Syahrini kini dikatakan telah berpisah dengan kekasihnya yang berasal dari Malaysia, Raja Mohamad Syazni.
Berita ini telah disahkan oleh pembantu peribadi Syahrini sendiri, Aisyahrani yang juga merupakan adik kepada penyanyi ini menerusi media Indonesia Detik Hot.
Menurut Aisyahrani, kakanya dan Raja Mohamad Syazni atau lebih mesra dipanggil Bubu telah berpisah beberapa hari lalu, disebabkan oleh masalah komunikasi yang tidak lancar di antara mereka.
Cinta jarak jauh yang disemai antara mereka akhirnya terlerai juga kerana Bubu dikatakan sudah jarang datang ke Jakarta untuk bertemu dengan Syahrini.
Sebelum ini terdapat juga cerita mengatakan kononya Bubu adalah seorang kerabat diraja, tetapi setelah diselidiki dengan betul, persoalan status Bubu akhirnya terjawab. Bubu sebenarnya bukanlah seorang kerabat, tetapi dia hanyalah seorang penjual emas.
Related posts:
- Kerabat Selangor Nafikan “Bubu” Adalah Cucu Sultan Selangor
- Foto: Kerabat Diraja Selangor Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Syahrini
- Kekasih Syahrini Akui Bukan Cucu Sultan Selangor
- Penyanyi Indonesia, Syahrini Pilih Teman Lelaki Dari Malaysia
- Syahrini Tuntut Justin Bieber Minta Maaf Kerana Hina Indonesia
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét