Thứ Tư, 10 tháng 10, 2012

Peraduan Skyfall James Bond

Anda mengikuti filem penyiasat agen rahsia “James Bond”? Ini dia sambungan daripada cerita yang penuh mendebarkan itu. Filem berlatarkan Negara Glencoe, Highland, Scotland ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi antara filem penyiasatan paling popular di dunia. Kemunculan filem aksi yang kian dinanti-nanti telah tiba, “Skyfall James Bond 007”!

Jom cerita sedikit sinopsis kisah penyiasatan ini. Permulaan cerita dimana hero filem ini iaitu James Bond watak yang dipegang oleh Daniel Craig dikatakan telah hilang ingatan, malah beliau dianggap telah mati. Segala identiti diri beliau dalam melakukan pengintipan rahsia turut dimusnahkan daripada data internet. Sejak insiden itu, pihak kerajaan telah menggantikannya dengan M sebagai rujukan dalam menangani situasi dan masalah. Namun, M pula diserang oleh pihak tertentu sekaligus Bond muncul dan berhubung dengan M secara rahsia. Apakah kesudahannya?

Untuk mengetahui mengenai filem ini lebih lanjut, apa kata anda menyertai beberapa peraduan mudah dengan memenangi hadiah edisi terhad daripada Skyfall sekaligus berpeluang menyaksikan filem ini dengan pas bermusim yang terhad.

Paling penting, bagi anda yang ingin memenangi hadiah yang menarik edisi terhad daripada filem terhebat James Bond, jom sertai peraduan ini.

Antara hadiah yang disediakan oleh OHBULAN! untuk anda ialah:

  • Tempat pertama,“Limited Edition Auto Open/Close Vented Umbrella bernilai RM 450 X 5″

  • Tempat kedua,“Limited Edition Skyfall Stainless Steel 14 oz. Travel Mug bernilai RM350 X 5″

  • Tempat ketiga, “Limited Edition Skyfall Swivel Mini USB Flash Drive bernilai RM250 X 5″

Tunggu apa lagi! Jom rebut hadiah menarik dengan menyertai peraduan ini sekarang.

Related posts:

  1. Skyfall, Filem Siri James Bond 007
  2. Adele Bakal Nyanyi Lagu Untuk “James Bond”
  3. Majalah E&F Terbaru Bertemakan ‘James Bond’, Gandingkan Zizan & Diana Danielle!
  4. Adele “Skyfall” Video Lirik Dilancarkan
  5. Nak Menang Hadiah? Jom Layan Kuiz Filem “Step Up Revolution”!

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét