Thứ Hai, 8 tháng 10, 2012

Saya Belum Bertemu Zed Zaidi- Randy Pangalila

Menempah nama dalam industri hiburan seawal usia 18 tahun cukup mematangkan selebriti kacak iaitu Randy Pangalila, 22 tahun, dalam dunia seni. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah nyanyian dan mencipta lagu juga merupakan bakat semulajadi selebriti kacak ini.

Namun, bukan senang untuk menjadi artis , lebih-lebih lagi menjelma di negara orang. Pasti banyak peraturan yang harus dilalui selangkah demi selangkah. Jika dahulu, hangat isu berkenaan permit diperbesarkan sepertimana Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi menjalankan tugasan. Kini sekali lagi isu itu turut dipersoalkan. Adakah Randy memenuhi peraturan yang telah ditetapkan? Ini ulasan beliau mengenai persoalan permit yang hangat diperkatakan.

“Ini semuanya salah faham. Sebagai seorang artis, pertama sekali saya akan melihat sudut itu (permit dan segala dokumen), sudah benar-benar jelas dan semuanya lengkap, barulah saya akan memulakan tugasan.”

Penyanyi lagu “Selalu Milikmu” itu turut memberitahu bahawa beliau belum bersemuka secara langsung bersama Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi.

Tambah beliau lagi, “Selagi segalanya dilakukan mengikut aturan dan langkah-langkah yang baik, saya akan teruskan kerjaya saya.”

Related posts:

  1. “Kenapa Saya Nak Burukkan Nama Orang?” – Zed Zaidi Respon Isu Randy Pangalila
  2. “Bukan Salah Saya” – Mamat Sepah Jawab Isu Zed Zaidi ‘Kemalangan’
  3. “Dalam Hati Ada Taman” Gandingkan Randy Pangalila & Elfira Loy Sekali Lagi
  4. Zed Zaidi Dilantik Sebagai Presiden Seniman Baru
  5. Persatuan Seniman Bergolak, Zed Zaidi Ingin Rampas Pucuk Pimpinan?

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét