Thứ Ba, 9 tháng 10, 2012

Randy Pangalila Puji Malaysia

Baru-baru ini, selebriti kacak daripada Indonesia iaitu Randy Pangalila tampil dalam drama berepisod terbaru iaitu “Dalam Hati Ada Taman” dimana beliau bergandingan dengan selebriti jelita iaitu Elfira Roy.

Menerusi temubual bersama selebriti kacak Randy D Pangalila atau lebih dikenali sebagai Randy Pangalila, 22 tahun, beliau memperkatakan tentang cara kerja di negara Malaysia berbanding negara Indonesia dimana jelas kelihatan beliau lebih selesa di bekerja di negara ini.

“Berbanding Indonesia, peralatan yang digunakan di Malaysia lebih hebat malah jauh lebih baik. Yang paling ketara, di Indonesia setiap lakonan pada hari siang akan ditayangkan terus pada waktu malam tanpa sempat melihat hasil kerjanya, manakala di Malaysia, saya dapat melihat hasil kerja daripada awal hingga akhir.”

Katanya, walaupun Malaysia & Indonesia merupakan negara serumpan, namun perbezaan intonasi serta maksud setiap perkataan di antara dua bahasa ini sedikit sebanyak menggangu komunikasinya bersama peminat mahu pun media.

“Seringkali apabila berbicara, niat saya baik tetapi kedengaran kurang enak. Jadi dari situ saya mencuba belajar sambil berjalan untuk memahami lebih mendalam komunikasi ini.”

Related posts:

  1. “Dalam Hati Ada Taman” Gandingkan Randy Pangalila & Elfira Loy Sekali Lagi
  2. Saya Belum Bertemu Zed Zaidi- Randy Pangalila
  3. Randy Pangalila Takut Jarum Suntikan! Waduhhhh!
  4. Randi Pangalila Bakal Bintang Popular 2012 (ABPBH)?
  5. “Kenapa Saya Nak Burukkan Nama Orang?” – Zed Zaidi Respon Isu Randy Pangalila

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét