Thứ Tư, 10 tháng 10, 2012

Foto : Memey Suhaiza Hiasi Majalah Mingguan Wanita

Bukan mudah sebenarnya nak menjadi seorang yang bernama Memey Suhaiza. Kalau tak kuat semangat, bayangan masa silam yang penuh dengan kritikan dan penghinaan daripada seantero Malaya sudah pasti mengundang gila! Apa yang pasti, kami kagum dengan keteguhan Memey Suhaiza yang sentiasa tabah menghadapi dugaan bersama suami tersayang, Norman Hakim.

Mungkin, atas sebab itu juga Mingguan Wanita memilih pelakon ini sebagai penghias muka depan bagi mencerminkan ketabahan wanita sejati. Seperti yang anda tahu, hubungan Memey Suhaiza dan Abby Abadi kian pulih seperti yang dilihat melalui bukti-bukti gambar percutian mereka di Genting Highland, baru-baru ini.

Sudah pasti, berita baik ini turut disambut baik oleh para peminat. Ditambah lagi dengan kehamilan Memey Suhaiza yang semakin sarat mengandungkan anak pertamanya bersama Norman Hakim.

Untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut, dapatkan Mingguan Wanita edisi Oktober di kedai berhampiran. Dan jangan lupa, anda boleh mendapat tips untuk mengikis sikap buruk suami di ranjang. Oh ye!

Related posts:

  1. (Gambar) Photoshoot Kad Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman Hakim
  2. (Gambar) Memey Suhaiza Drama ‘Mingguan Lelaki’ Sebagai Watak Pengoda
  3. 9 Foto Terbaru Memey Suhaiza Bergaun Labuh, Anggun.
  4. Foto Pra Perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza Versi Kualiti Tinggi.
  5. (Gambar) Norman Hakim di Rumah Keluarga Memey Suhaiza

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét