Pertandingan debat yang dinamakan Piala Perdana Menteri sangat tidak wajar kerana tidak selari dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang mengatakan debat bukan budaya rakyat Malaysia.
Pengarah Biro Mahasiswa KEADILAN, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menyifatkan perkara itu amat memalukan, walhal Najib sendiri takut berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini dangkal dan naif, Najib jadikan ia sebagai alasan untuk mengelak berdepan Ketua Pembangkang. Patut tukar saja nama pertandingan itu, atau namakan saja sempena nama Rosmah Mansor,” kata Saifullah sinis.
Beliau berkata, debat kini menjadi budaya dalam masyarakat malah kajian turut menunjukkan lebih 70 peratus golongan muda mahu melihat debat antara Anwar-Najib.
“Kenapa tak mahu jadikan debat sebagai budaya? Itu perkara baik, dua pemimpin berhujah mengenai polisi, kenapa Najib takut sangat berdebat dengan Anwar?” soal Saifullah.
Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 berlangsung empat hari bermula 6 Oktober lalu dan berakhir semalam.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara bagi kategori Bahasa Melayu dan Inggeris.
Najib turut hadir menyampaikan hadiah dan berucap pada majlis penutup pertandingan itu.
Sejak tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mencabar Najib agar berdebat namun hingga kini rakyat masih kempunan kerana pelbagai alasan diberikan Perdana Menteri itu.
Terbaru, Najib turut ponteng sidang Parlimen 1 Oktober lalu bila Anwar mencabar beliau berbahas mengenai Bajet 2013.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét