Thứ Năm, 27 tháng 9, 2012

NBCUNiversal Truth, Program Terbaik Wanita Masakini

Sebagai peneraju utama syarikat media, NBCUniversal bersama empat buah siaran hiburan antarabangsa Asia iaitu DIVA Universal, E!, Style dan juga Universal Channel telah melancarkan kempen terbaru bagi menarik perhatian para pengiklan dan juga rakan sealirannya.

Kempen ini turut dijadikan sebagai medium pengantaraan utama bagi menarik minat golongan wanita untuk menonton siaran-siaran tersebut.

Sebagai rangkaian platform tunggal, NBCUniversal telah melancarkan sebuah kempen yang dikenali sebagai NBCUniversal Truth. Kempen ini telah diadakan di Asia dan ia bertujuan untuk membuka peluang kepada para pembikin iklan untuk menghasilkan sesutu yang unik agar golongan wanita tertarik untuk menonton siaran hiburan antarabangsa tersebut.

Selain itu, NBCUniversal turut menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk golongan wanita moden masa kini seperti isu berhubung gaya hidup serta memberikan tips-tips yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Secara umumnya, kempen ini turut dijalankan menerusi dua medium penerbitan Asia iaitu melalui media cetak dan online. Bagi mengukuhkan lagi agen pengiklanan kempen ini, ia bakal dipromosikan melalui aktiviti penjelajahan sekitar Kuala Lumpur dan Singapura.

Related posts:

  1. Samsung SMART TV, Tawarkan Program Hebat
  2. “Astro Best” Saluran Filem Terbaik Antarabangsa Dan Asia
  3. Ronaldo (Agen Pencair Wanita) Terpilih Pemain Terbaik Eropah
  4. Program “Wanita Hari Ini” Semakin Matang
  5. “Ini Rezeki Anak” – Nadiya Nisaa (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2011)

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét