Ketika saya, Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga sebelum pemecatan, peran saya adalah membentangkan belanjawan negara dan juga berbahas bersama ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang ketika itu. Sepanjang tempoh itu juga, saya tuntas menggerakkan agenda perubahan – membanteras rasuah, menghapuskan amalan kronisme dan nepotisme serta mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat terbanyak.
Esok, jam 11.30 pagi, selaku Ketua Pembangkang, saya akan mulakan perbahasan Belanjawan 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Selaku Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan berani, saya percaya Datuk Seri Najib akan hadir di dalam Parlimen esok bagi membahaskan Belanjawan 2013 bersama saya dan ahli parlimen semua – agar rakyat mendapat gambaran sebenar akan kebijakan ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Semoga perbahasan esok hari menjadi kayu pengukur kepada sekelian rakyat bagi mereka menentukan – di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – yang mana madu, yang mana racun.
ANWAR IBRAHIM
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét