Thứ Năm, 27 tháng 9, 2012

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #5

Google bertemu Gangnam. Pengerusi Google, Eric Schmidt mengambil kesempatan untuk bertemu dengan PSY ketika kunjungannya ke Korea semalam. Beliau sempat belajar secara peribadi akan tarian Gangnam daripada penyanyi sensasi dunia itu. – KoreanRealTime

Kristen Stewart diberikan syarat oleh teman lelakinya, Robert Pattinson, untuk berkahwin sekiranya dia ingin hubungan mereka kembali semula kepada asal. Bulan lalu, hubungan mereka putus setelah Kristen Stewart didapati curang dengan pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert Sanders. – TheSun UK

Entah apa yang cuba dibuktikan oleh Kylie Minouge, 44 tahun. Wanita ini mendedahkan bahagian belakang tubuh dalam video klip untuk single terbarunya, Flower. Lebih menarik apabila penyanyi ini berani memakai pakaian nipis bagi memberikan imaginasi nakal kepada peminatnya. – News Au

Selamat tinggal Harry Potter! Penulisnya, J.K Rowling telah menerbitkan novel baru berjudul The Casual Vacancy yang memaparkan masalah sosial remaja seperti pelacuran & dadah. Satu konsep yang amat berlainan sekali daripada imaginasi kanak-kanak sihir seperti yang ditadahkan sebelum ini. Oh ya, sudah keluar di pasaran dunia, hari ini! – MSN

Profesional! TOP, salah seorang ahli kumpulan Big Bang menegaskan bahawa beliau akan tetap meneruskan konsert jelajah dunia walaupun mengalami kecederaan. – KpopStarz

BONUS : Bukan selebriti. Tapi kisah wanita lesbian ini, Gigi menjadi menarik apabila bapanya, Cecil Chao Sze-tsung menawarkan wang berjumlah RM250 juta kepada mana-mana lelaki yang mampu mengubah selera seks anaknya. – Dailymail

Related posts:

  1. 5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #1
  2. 5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #3
  3. 5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #4
  4. 5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #2
  5. Foto : Kristen Stewart Versi Lelaki, Kalah Remy Ishak

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét